Pages

Wednesday, February 4, 2009

Tag Survey:House Staircase by Anis

Anis, ang memang jeles tengok aku bersantai mengembongkan badan kat umah ni...

Pada satu hari, anda mendapati suami anda melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip anda, mencemar ikatan perkahwinan anda dan betul2 buat anda gerammmm giler babas tahap tenuk hutan khatulistiwa.

Maka survey tag di bawah ada penyelesaiannya....kite enjoyyyyy!!!

1. Anda marah dan geram ketika anda mendapati suami anda berbuat sesuatu yang anda tak suka.
a. Anda pukul belakang badan suami anda sekuat hati (gedebuk gedebuk)
b. Anda lari ke dlm bilik dan kunci lalu mengambil baju2 suami anda dan letak iron biar baju2 tu terbakar (padan muka xde baju g keje)
c. Anda hempas laptop kesayangan suami anda ke lantai sekuat hati (mintak2 rosak)
d. Anda masuk tido dan berpikir nak buat apa

Jawapan: aku pilih D..aku marah2 pun, tak la sampai aku nk gededuk laki aku..buat luruh jantung dia time tu, haruu...kalau pilih B, aku gak naya..nnti bila dh berbaik, duit aku gak melayang kna bli baju dia..hempap lappy?? oohh tidak, pasai aku pnjam lappy dia la ni..yg paling bagus, masuk tidoq carik idea cmna nk marah dia bagi makan dalam punya!!!

2. Keesokan harinya..anda mendapati hati anda masih sangat pedih dan kecewa dan tiba2 dapat ilham untuk pergi jauh (lari la tu) buat seketika mencari ketenangan hati.Anda merancang untuk menyusup keluar dari rumah ketika suami anda sedang mandi...
a. Anda balik rumah ibu anda dengan anak2
b. Anda balik ke rumah ibu mertua anda dan mahu bercerita tantang anaknya itu
c. Anda pergi lepak kat Port Dickson (tu je la yang dekat pon-nak g jauh2 malas nk drive)
d. Anda lari keliling rumah aje

Jawapan: A -mmg teringin nk p PD, tapi floating anak aku dlm bilik ayaq..cmna nk amik...huhuh..balik jmpa mak(puan penasihat) lagi bagus...pastu balik umah mak mentua..bukan nk bcerita psai anak dia..tp bla tgk muka mak mentua kot blh waras balik otak aku kan..

3. Ketika anda dalam perjalanan ke tempat yang anda tuju ...tiba- suami anda menelefon anda
a. Anda biarkan saja tepon bunyi
b. Jawab telefon sambil menangis
c. Jawab telefon dan berkata "no yg anda dail tiada dalam perkhidmatan.."
d. Buang telefon anda di seat belakang

Jawapan: C..biaq dia confius..sejak bila bini dia buat part time dgn celcom kan..

4. Panggilan dari suami anda tidak berjawab, lalu anda mendapat sms darinya yang berbunyi "Awak pergi mana, x minta izin abang pon"
a. Anda terkedu dan rasa berdosa lalu pusing balik. (maluu niii)
b. Anda balas sms berbunyi " Izinkan saya keluar" (anda tau suami anda mmg akn bagi sbb dia xnak hukum anda..suami anda sabar orgnya)
c. Anda x jwab sms dan buat bodo je.
d. Anda pergi kedai dan beli brg dan balik rumah semula (konon2 pegi kedai la beli brg aje, lupa nk bgtau)

Jawapan: C - saja, nk tengok dia nk sms lagi ka dak..ka taktik dia nk suruh aku balik buat bekpes kat dia kan..

5. Suami anda menghantar sms dan merayu anda agar pulang ke rumah.
a. Anda cair dan terus pulang ke rumah
b. Anda hati kering..xbalik rumah
c. Anda balas sms berkata "tengokla camne"
d. Anda pikir dulu la...

Jawapan: C -aku tengah emoo lagi neh..

6. Akhir sekali anda letih dan muhasabah diri dan bersabar aje..maka nyatakan 3 nasihat untuk diri anda..
1) sabaq2 ni dugaan sikit ja
2) ada ubi ada batas no...
3) i lap u!!!

7. Tag 4 orang kawan anda yang anda percayai dan gila-gila...
1.kak dy
2.mel
3.kak su
4. kak cima

Terima kasih kerana menjawab tag survey ini. Ini bukan bahan bacaan kanak-kanak dan semoga suksesssssssssssss.....ngah..ngah...ngahhhhhh!!!

2 comments:

BaiDuRi said...

ooowwhh..hakak tak suka di tag dgn soalan ni...!!! Abis la bocor rahsia house staircase kami...!! kan tak baik cerita rahsia rumahtangga kat org??huuhu..takmo jawab buleh..atau jawab tipu²..atau anggap je mcm dah jawab sbb mmg dah jawab dlm hati masa baca tadi..atau..kira sama je la jawapan kita..uhuksss!

^faridfaridah^ said...

woooooo....kena jawab wooo!! bukan cerita kat org pn..kita kn adik veradik velaka kat sini nih..kamon la

Copyright 2011
from canada with love

Powered by
Free Blogger Templates